Loading...

Kisah itu...Kisah Seorang Ibu

Bismillahirrahmanirrahim..

Katanya hari ini Hari Ibu..
dan kawan2 di facebook semua tulis pasal ibu..
lagi2 kat UTP sekarang tengah musim final exam..
mula la kedengaran suara sayup2 homesick rindukan kampung halaman..

.................................................................................................................................................................


Kisah 1:
Aku pernah sorokkan diri di dalam timbunan baju2 di dalam bakul..semuanya kerana untuk melarikan diri daripada emakku kerana aku telah menyebabkan adikku menangis.. aku tahu aku akan dimarahi, dan habuannya samada paip getah kuning melekat di badanku.atau paling ringan tangan emakku naik ke muka..


Kisah 2:
Belakang badanku berbekas merah hasil balingan selipar jepun oleh emakku..cerita asalnya aku sudah lupa tapi yang aku masih ingat semestinya aku membuatkan emakku marah..Ingatkan kerana aku lagi muda dari emakku, aku boleh lari lagi laju supaya tidak dipukul. Rupanya emakku lagi bijak kerana selipar jepun yang dibaling lagi laju dari aku yang sedang melarikan diri..kesudahannya..aku still dimarahi dengan emakku..yup...

Kisah 3:
Aku seorang yang sangat malas membuat kerja rumah yang dibekalkan oleh cikgu2 di sekolah...hasilnya aku sangat takut untuk kesekolah keesokan harinya kerana kerja rumah tidak siap..dan selalunya yang menjadi mangsa adalah kakak dan abang2 ku kerana mereka terpaksa menyiapkan kerja rumahku. Dan sehingga satu ketika, mereka semua ke asrama...tiada siapa lagi yang dapat menolong aku menyiapkan kerja rumah..Dari situ emak train aku dengan kejutkan aku awal2 pagi around 4 pagi..berbekalkan air milo tak pun air susu panas..aku disuruh siapkan jugak kerja rumah sebelum ke sekolah.

Kisah 4:
Tangan aku patah ketika aku bermain bola di asrama..mulanya tak sedar pun tangan patah sebab aku jatuh biasa je..Tapi bila kawan kata tangan bengkak semacam je..time tu mula rasa sakit..dan ketika itu yang aku ingat hanya pesan dari emak..dan aku tersenyum...Ops..ada kisah sebelum itu yang membuatkan aku tersenyum..Ceritanya, sebelum aku bermain bola, aku ada call rumah dan berbual dengan emak.. Kebiasaannya, nurani seorang emak sangat tepat..emak aku pesan supaya petang tu rehat2 dan tak payah bersukan sebab aku tengah demam..takut nanti jadi apa2....Dan aku seperti biasa, jiwa muda biasa la nak seronok je kan..demam pun demam la tapi bila dengan kawan2 tak terasa mana pun.so main je la bola...tup tup tup je...tangan patah...sebab tu senyum tu...

Nasihat aku: Pesanan seorang ibu perlu di dengar kerana nurani seorang ibu sangat tepat..


Owh ye, kenapa aku ceritakan kisah2 aku di atas nie..semuanya merupakan cebisan kenangan aku yang membuatkan aku menghargai erti adanya seorang emak, seorang ibu..Aku bersyukur kerana sehingga hari ini aku masih punya seorang emak untuk aku luahkan isi hati aku, masih ada untuk aku kongsikan semuanya. Kerana aku tahu suatu hari nanti setiap yang hidup pasti akan pergi, dan kerana itu aku masih sangat menghargai masa yang masih ada.. I love my mother, and my family too.

Selamat Hari Ibu


video



A song for my mother. Maher Zain - Mama
Ooooh

If I could

Turn back time rewind if I could
Make it on done i swear that I would
I would make it up to you
Ooooh
If I could
Turn back time rewind if I could
Make it on done i swear that I would
I would make it up to you
Mama I'm grown up know
It's a bright new day
I would like to put a smile in your face everyday
Mama i'm grown up know
And if it's not too late
I would like to put a smile in your face everyday

And you are the number 1 for me~



p/s: Sudah menjadi kebiasaan aku akan kol rumah 2 kali seminggu atleast..tak pun seminggu sekali. It is just one of my way untuk menghargai my mother, my family.

by Khairuddin Saad. 1 Comment

1 Response to "Kisah itu...Kisah Seorang Ibu"

Leave a Comment